ABANGNYA, DATUK LAT SEMAKIN STABIL - MAMAT KHALID LUAH RASA SYUKUR

loading...
ABANGNYA, DATUK LAT SEMAKIN STABIL - MAMAT KHALID LUAH RASA SYUKUR

"Syukur Alhamdulillah, abang saya semakin sihat dan dia sedang berehat," kata pengarah filem terkenal, Mamat Khalid mengenai abangnya kartunis negara, Datuk Mohammad Nor Khalid,65, atau lebih dikenali Datuk Lat yang kini berada dalam keadaan stabil.
Mamat Khalid ketika dihubungi berkata, abangnya kini sedang berehat dan semakin stabil.
Difahamkan, kartunis negara tersebut, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pantai Ipoh pada 13 Januari lalu akibat masalah jantung.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, pengikut dan peminat Mamat Khalid di laman sosial Facebook mendoakan agar kartunis negara itu cepat sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala.
Terdahulu Bernama melaporkan Lat dimasukkan ke Hospital Pantai, Ipoh minggu lepas kerana masalah jantung namun dibenarkan keluar Selasa lalu, sebelum dimasukkan semula ke hospital yang sama pada Jumaat dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana wad biasa penuh dengan pesakit lain.
Sementara itu, isterinya Datin Faezah Ahmad Zanzali ketika ditemui di hospital berkata, suaminya menerima rawatan di wad biasa dan memerlukan rehat yang secukupnya.
"Semalam (Ahad) dia sedih apabila dapat tahu media mengatakan dia dimasukkan ke ICU sedangkan keadaan dia stabil tetapi sebenarnya dimasukkan ke ICU kerana wad penuh. Beri la dia (Lat) masa untuk rehat dan jangan ganggu dia buat sementara waktu ini," ujarnya dipetik sebagai berkata.
loading...

0 Response to "ABANGNYA, DATUK LAT SEMAKIN STABIL - MAMAT KHALID LUAH RASA SYUKUR"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close