loading...
Meskipun usianya mencecah 32 tahun., penyanyi dan penyampai radio Era FM, Dina Nadzir atau nama sebenarnya, Faradina Mohd Nadzir mengakui masih belum terfikir untuk mencari lelaki sebagai teman hidup.
Kata Dina, banyak lagi komitmen yang perlu diselesaikan pada tahun ini seperti menghasilkan lagu baru, komitmen kerja dan sebagainya.
"Bukan tidak ada langsung, tetapi sepanjang lapan tahun adalah saya berkenalan. Paling lama kami 'dating' pun dalam tempoh dua minggu saja. Untuk cari lelaki yang faham dengan kerjaya saya susah sebenarnya.
"Apa pun, saya tidak rasa risau kerana saya ramai juga berkawan di kalangan anak dara tua. Mereka nampak selesa dan tidak nampak ia seperti perlu dirunsingkan. Saya pun ada anak saudara yang ramai to be with me. Jadi itu bukan masalah.
"Mak ada juga tanya sebab risau," akui penyanyi 'Wanita Besi' apabila ditanya mengenai apakah reaksi ibunya mengenai soal kahwin.
loading...
0 Response to "TAK KISAH JADI ANDARTU - DINA NADZIR INGIN FOKUS PADA KERJAYA"
Post a Comment