RASA SUNYI - WAN SHARMILA TERINGIN BERKAHWIN SEMULA

loading...
RASA SUNYI - WAN SHARMILA TERINGIN BERKAHWIN SEMULA
Pelakon drama bersiri popular 7 Hari Mencintaiku, Wan Sharmila Wan Mohamed yang sudah tujuh tahun hidup solo selepas perkahwinannya gagal, mendedahkan bahawa dirinya berasa sunyi dan teringin mendirikan rumah tangga sekali lagi.
Menurut Wan Sharmila, hasrat itu sentiasa ada namun belum bertemu jodoh sesuai. Ujarnya, keluarganya sentiasa bertanya mengenai perkara itu dan mendoakan dia segera bertemu pasangan serasi.
"Sejujurnya saya kurang selesa hidup seorang diri. Selepas arwah ibu meninggal beberapa tahun lalu, hidup saya semakin sunyi.
Klik untuk gambar besar
"Hati saya sentiasa terbuka untuk bercinta dan berkahwin lagi. Sudah tentu saya mahukan lelaki yang boleh mengubah hidup saya ke arah lebih baik," katanya yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Fazli Baharom pada 2007 namun bercerai dua tahun kemudian.
Namun baru-baru ini, timbul khabar angin mengatakan dia berkahwin secara rahsia selepas memuatnaik gambar imbasan perut di laman sosial.
Pelakon berusia 36 tahun ini turut menceritakan berat badannya susut beberapa kilogram sejak kehilangan ibunya, Raidah Abd Aziz pada 2015.
"Biarpun ibu sudah lama pergi, saya merinduinya sehingga hilang selera makan. Disebabkan itu, berat saya turun dan kini 42 kilogram sahaja," jelasnya ketika ditemui pada majlis penghargaan pelakon '7 Hari Mencintaiku' bersama peminat, baru-baru ini.
Menurut Wan Sharmila, tubuhnya yang kurus membuatkan doktor yang merawatnya menjadi bimbang.
"Doktor menegur kenapa badan terlalu kurus. Namun selepas menjelaskan perkara sebenar, dia memahami saya dalam kesedihan. Luaran saya nampak ceria, tetapi sebenarnya saya masih bersedih," tuturnya.

Sumber: Harian Metro
Foto: Wan Sharmila IG
loading...

0 Response to "RASA SUNYI - WAN SHARMILA TERINGIN BERKAHWIN SEMULA"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close