loading...
Wanita Berpunggung Besar Lahirkan Anak Yang Lebih Bijak?
Wanita Berpunggung Besar Lahirkan Anak Yang Lebih Bijak
Kajian penyelidik dari University of Pittsburgh mendakwa bahawa wanita dengan punggung yang besar akan mempunyai anak yang lebih bijak.
Menurut para penyelidik, lemak berlebihan di paha dan punggung menyumbang kepada perkembangan otak bayi semasa penyusuan.
Profesor Will Lassek, seorang pakar epidemiologi kesihatan awam dari universiti yang mengetuai penyelidikan itu berkata:
Kajian ini menunjukkan bahawa wanita berpunggung besar cenderung melahirkan anak yang pintar. Hal ini kerana mereka memberikan pengambilan lemak omega-3 yang cukup pada anak, dan berkaitan dengan perkembangan otak mereka.
Menurut profesor yang telah menerbitkan penemuannya dalam sebuah buku Why Women Need Fat, lemak ini hilang apabila wanita menyusu.
Wanita yang menyusukan bayi biasanya kehilangan setengah kg lemak sebulan.
David Bainbridge, seorang ahli biologi pembiakan di Universiti Cambridge yang juga telah mengkaji bentuk badan wanita, berkata penemuan terbaru boleh menjelaskan mengapa lelaki mencari wanita curvy seperti penyanyi Jennifer Lopez begitu menarik, ia adalah kerana anak-anak mereka mungkin akan menjadi pandai.
Jadi, sekiranya anda mempunyai bentuk badan curvy, ia adalah bonus untuk anda.
loading...
0 Response to "KINI VIRAL : Wanita Berpunggung Besar Lahirkan Anak Yang Lebih Bijak?"
Post a Comment