loading...
Impian adik Nursyafikah Mohd Zamri yang berusia 14 tahun ini sangatlah mudah kerana dia hanya berkeinginan memetik strawberry di Cameron Highlands.
Tetapi tidak pasti adakah impian besarnya itu berjaya dicapai ataupun tidak kerana buat masa ini dia tidak lagi boleh berdiri sendiri. Ini kerana selepas disahkan mengidap leukemia bulan April tahun lalu, isi-isi daging di jari kaki dan tangannya mulai meluruh sedikit demi sedikit akibat gangren ketika mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi di hospital.
“Buat masa, ada sebahagian jarinya sudah dipotong. Sebahagian lagi menunggu masa mengikut kekuatan tubuhnya kerana semasa membuat kimoterapi, kondisinya tak berapa stabil. Dia baru kimo enam kali dan perlu habiskan enam lagi bagi melengkapkan pusingan keseluruhan.
Menurut kakak tiri yang menjaganya selepas kematian ibu bapa Nursyafikah, Rozana Musa, adiknya itu mulai dijaga dari usia enam tahun selepas kematian ibu bapanya.
“Fikah membesar seperti kanak-kanak biasa dan pada usianya 13 tahun, satu hari dia demam. Demam sampai ke malam. Pagi sebelum pergi kerja, saya sudah bagi dia Panadol tetapi balik dari kerja, dia tak bangun-bangun lagi. Malam itu saya bawanya ke hospital dan Fikah terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Tiga hari saja di sana, jari-jemarinya mulai merah lalu bertukar kehitaman. Dalam masa beberapa bulan ini, ada yang sudah dipotong dan ada menunggu masa.
“Saya berhenti kerja untuk menjaganya sepenuh masa selepas Fikah sakit. Kalau hendak mandi, saya angkat dia naik ke kerusi roda dan tolak ke bilik air. Ada masa Fikah selalu menangis sendirian. Kadang saya pun tak faham apa dimahukannya,”katanya ketika ditemui.
Sekalipun sukar bercakap, dengan suara yang serak kerana tiub dipasang di lehernya adik Nursyafikah begitu teringin ke Cameron Highlands.
“Kata orang tempatnya sejuk. Saya teringin sangat nak ke sana,” katanya yang tersipu malu.
Dalam situasi kesihatan dialaminya, sama-sama kita rakyat Malaysia berdoa agar impian adik Nursyafikah yang mahu memetik strawberry di Cameron Highlands tercapai. Jika berjuta umat Islam di negara ini mendoakan kesihatannya, insya Allah, impiannya ini boleh terlaksana sebelum penyakitnya yang belum tentu mampu sembuh ini dijemput Illahi. Mari kita doakan adik Nursyafikah berjaya dalam impiannya.
loading...
0 Response to "KINI VIRAL : Isi Dagingnya Luruh Sedikit Demi Sedikit"
Post a Comment