loading...
Kuala Lumpur, 31 Jan - Tan Sri Annuar Musa digantung tugas sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Pelaburan Mara Bhd (PMB) berkuat kuasa serta merta, kata Ahli Majlis MARA sebagaimana lapor Berita Harian Online.
Turut difahamkan, semua tugas yang digalas oleh Tan Sri Annuar Musa di MARA dan PMB akan dipangku oleh Ahli Majlis MARA, Datuk Dr. Yusof Yacob.
Sementara itu, Annuar Musa mengesahkan bahawa dia telah dihubungi berkenaan perkara tersebut.
"Ya sebentar tadi saya dihubungi Dr Yusof (Ahli Majlis MARA, Datuk Dr Yusof Yacob) berhubung keputusan itu dan saya menerimanya secara terbuka kerana itu adalah hak mereka," katanya.
Dalam mesyuarat tergempar yang dihadiri semua Ahli Majlis MARA, hari ini sebulat suara bahawa keputusan itu selaras hasrat agensi dalam memastikan kepentingan dan amanah rakyat sentiasa dipelihara.
loading...
0 Response to "KINI VIRAL : Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa Digantung Tugas Berkuat Kuasa Serta Merta"
Post a Comment