BIARPUN SOLO - NASHA AZIZ AKUI TETAP BAHAGIA

loading...
BIARPUN SOLO - NASHA AZIZ AKUI TETAP BAHAGIA

Meskipun sudah berusia 46 tahun, pelakon dan model Nasha Aziz yang jarang muncul di kaca televisyen sehingga kini masih belum bertemu dengan jodoh.
Menurut Nasha, beliau sebenarnya selesa hidup sendirian dan menganggap ia bukanlah satu kekurangan.
"Saya sudah terbiasa dengan soalan mengenai jodoh. Kawan-kawan saya juga selalu bercakap, mereka sentiasa mendoakan saya supaya segera bertemu jodoh. Saya tidak marah pun, malah saya anggap perbuatan mereka itu comel.
Klik untuk gambar besar
"Cuma saya ingin tegaskan, biarpun sendirian, saya tetap bahagia. Tidak pernah langsung saya anggap hidup solo itu sebagai satu kekurangan. Kebahagiaan bukan terletak kepada pasangan. Bagi saya, kita perlu hargai apa yang Allah kurniakan kepada kita.
"Sejujurnya Nasha ada keluar temu janji bersama lelaki tetapi beliau masih belum bertemu dengan lelaki yang serasi dengan dirinya.
"Bukan bermakna saya menolak jodoh kerana terus terang saya ada juga keluar dating. Tetapi kebanyakan lelaki yang saya temui tidak serasi dan bertentangan dengan apa yang saya cari," jelas Nasha.
InshaAllah, satu hari nanti akan ada yang menjadi peneman serta pelengkap hidup Nasha, teruskan berdoa.

Sumber: BH PLUS
loading...

0 Response to "BIARPUN SOLO - NASHA AZIZ AKUI TETAP BAHAGIA"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close