HUTANG KAD KREDIT, EDAH & MUTAAH - FIZA ELITE TUNTUT ADAM AF LUNASKAN

loading...
HUTANG KAD KREDIT, EDAH & MUTAAH - FIZA ELITE TUNTUT ADAM AF LUNASKAN
Akibat namanya hampir disenarai hitam, penyanyi dan pelakon Fiza Elite dalam kenyataan terbarunya telah menuntut bekas suaminya, Adam AF untuk membayar hutang kad kredit atas nama Fiza yang berjumlah RM16,000.
Bukan itu sahaja, Fiza turut menuntut Adam untuk melunaskan bayaran edah dan mutaah seperti yang dipersetujui ketika mereka bercerai pada 28 Februari 2015.
"Ketika berpisah, Adam bersetuju untuk memberikan nafkah edah RM1,500 selama tiga bulan, selain bayaran mutaah RM3,000 yang diberikannya secara sukarela. Pelbagai ayat manis yang dijanjikan, tetapi semuanya tinggal janji. Transaksi kad kredit itu dilakukan sepanjang kami hidup bersama.
Klik untuk gambar besar
"Saya mempunyai bukti bertulis termasuk perbualan kami di aplikasi WhatsApp selain penyata kad kredit. Hanya enam kali Adam melunaskan pembayaran dan kali terakhir pada November tahun lalu.
"Disebabkan masalah hutang ini, nama saya hampir disenarai hitam masalah permohonan pinjaman untuk saya membeli kereta baharu juga tidak berjaya. Saya seperti terhegeh-hegeh menuntut hutang, sedangkan banyak panggilan dan mesej yang dihantar tidak dilayan," jelasnya.
Dalam masa sama, Fiza berkata yang beliau agak terkilan dengan sikap Adam yang sering menunjukkan imej baik didepan masyarakat sedangkan beliau mengambil sikap tidak peduli dalam soal hutang.
"Saya pernah terbaca, percubaannya sebagai pengusaha sabun menjadi, tetapi kenapa begitu liat untuk membayar hutang? Adam sering memperlihatkan imej 'alim' tetapi apa yang dilakukannya bertentangan.
"Selama menjadi isterinya, saya sering dituduh jahat dan cuba mengikis duitnya. Bukan mahu memburukkannya, tetapi ketika berkahwin dulu, Adam tidak mengeluarkan wang sesen pun," ujar Fiza yang berharap agar Adam tidak terus mengelak dan cuba untuk membayar hutangnya sedikit demi sedikit.
Fiza akui beliau merasa malu apabila kekasihnya pula membantu beliau membayar hutang kad kredit sedangkan kekasihnya itu tidak ada kena mengena di dalam hal berkenaan.
Semoga semua perkara yang masih tertunggak mampu diselesaikan dengan cara baik dan mungkin juga Adam mempunyai jawapan sendiri terhadap apa yang terjadi.

Sumber: Berita Harian
loading...

1 Response to "HUTANG KAD KREDIT, EDAH & MUTAAH - FIZA ELITE TUNTUT ADAM AF LUNASKAN"

  1. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Precious Ovia, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (preciousovia39@gmail.com)

    ReplyDelete

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close