loading...
TAHNIAH KEPADA FAIZ SUBRI. TETAPI SAYA TIDAK MAHU MENGANGKAT BELIAU SETINGGI LANGIT SEPERTI MEDIA CETAK DAN MEDIA SOSIAL MALAYSIA. SAYA RELA DIBENCI KERANA MEMBERITAHU KEBENARAN DARIPADA DISAYANGI UNTUK BERKATA SESUATU YANG TIDAK BERFAKTA.
(BACA DENGAN TELITI DAN BUKAN HANYA TERUS BERKATA TANPA BERFIKIR DAHULU)
(BACA DENGAN TELITI DAN BUKAN HANYA TERUS BERKATA TANPA BERFIKIR DAHULU)
Pertama sekali saya bagi pihak Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim ingin mengucapkan tahniah kepada pencapaian Faiz Subri memenangi Anugerah Puskas. Saya adalah orang pertama yang memberikan sumbangan ikhlas keatas pencapaian beliau sebagai Penaung Diraja PFAM sebulan yang lepas di Melaka. Saya juga orang pertama yang mengucapkan tahniah kepada beliau ketika memberi sumbangan tersebut.
Ramai orang diluar sana yang bertanya kenapa laman rasmi JDT tidak mengucapkan tahniah kepada Faiz Subri. Bagi saya, saya dan kelab saya tidak mahu tergolong dalam golongan mentaliti orang-orang Malaysia. Ini adalah pencapaian individu yang bagus tetapi dimanakah bolasepak tanahair sekarang ini dari segi korupsi, ranking dunia dan sistem pengurusan pasukan dalam negara berbanding dengan pasukan Thailand, Vietnam, Filipina atau Indonesia yang sedang meningkat maju?
Jadi, apa yang perlu saya banggakan? Benar pencapaian Faiz Subri adalah bagus tetapi apabila FAM membuat kenyataan bahawa pencapaian tersebut adalah tanda aras baru bola sepak Malaysia, saya tidak setuju. Ini disebabkan kerana hanya satu gol sahaja dan orangnya hilang sepanjang musim. Media telah banyak menyebut tentang gol oleh Faiz Subri sejak 3 bulan terakhir sebelum majlis penganugerahan dan kini beliau telah memenanginya, tampak seperti mereka akan terus memperkatakan tentangnya untuk 6 bulan akan datang.
Dalam tempoh 9 bulan ini, apakah akan terjadi kepada perkembangan bola sepak negara ini? Minta maaf, ini adalah fakta. Walaubagaimanapun tahniah atas pencapaian tersebut tetapi untuk bola sepak Malaysia dan media mengangkat beliau setinggi langit dan rasa selesa dengan kedudukan sekarang, itu adalah salah. Inilah sebab mengapa bola sepak Malaysia atau negara susah hendak maju dalam setiap aspek.
Saya mengatakan perkara yang benar tetapi anda semua memperkatakan perkara yang di dalam khayalan atau mimpi. Tanda aras baru dalam bola sepak tanahair adalah JDT. Pencapaian JDT melalui AFC, bagaimana dunia luar mengenali JDT dan memberi pengiktirafan yang tinggi terhadap projek yang kami lakukan serta pengurusan JDT yang profesional itulah yang sepatutnya menjadi tanda aras baru untuk bola sepak tanahair.
JDT sepatutnya menjadi contoh kelab yang perlu diikuti oleh semua pasukan dalam negara. Bukannya meletakkan seorang yang menjaringkan satu gol sebagai tanda aras. Saya lebih bangga memberi pengiktirafan kepada pemain seperti Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, Santokh Singh, Mokhtar Dahari, Amri Yahyah, Safiq Rahim, Aidil Zafuan, Safee Sali, Badrol Radzi, Indraputra, Khairul Fahmi dan Hairuddin Omar kerana mereka bukan sahaja menjaringkan gol setiap musim tetapi banyak mencapai kejayaan di dalam kelab dan memberi sumbangan kepada pasukan negara.
Saya masih mengiktiraf pencapaian Faiz Subri tetapi saya tidak mahu mengangkat beliau setinggi langit seperti media cetak dan laman-laman media sosial serta rakyat Malaysia lakukan sekarang ini. Kerana sikap beginilah seseorang manusia itu berasa selesa dan cepat berpuas hati.
Bola sepak kita masih jauh ketinggalan, kedudukan dalam dunia juga masih berada di bawah. Tiada orang yang melakukan inisiantif untuk membangkitkan pengurusan bola sepak tanahair termasuk tahap liga kita. Pasukan yang masih berhutang sebanyak RM6.7 Juta masih boleh bertanding. Tiada apa yang boleh saya banggakan.
Sepatutnya kita perlu berkerja keras untuk membersihkan segala korupsi dalam bolasepak Malaysia, sikap pilih kasih dan mempertingkatkan pengurusan dalam pasukan kebangsaan. Anda semua terlalu membanggakan seseorang individu tetapi mengetepikan perkara yang mustahak iaitu integriti dan reputasi bola sepak tanahair yang mana semua orang tahu dimana tahapnya sekarang ini.
Bola sepak adalah misteri. Kadang-kadang melakukan perkara yang betul boleh menjadi baik atau buruk. Anda boleh sama ada menang atau kalah. Pemain boleh menjaringkan gol dan mungkin juga tidak boleh. Anda boleh menjaringkan satu gol, memenangi Anugerah Puskas dan satu negara mengangkat anda tinggi, menjadi badut ahli politik kemungkinan mendapat gelaran Dato.
Atau anda boleh menjadi pemain legenda seperti Amri Yahya, Safiq Rahim dan ramai lagi yang menjaringkan banyak gol setiap tahun untuk kelab ataupun pasukan kebangsaan, memenangi banyak piala dengan pelbagai pasukan, mencipta sejarah sebagai pemain yang memecahkan rekod memenangi kejuaraan liga untuk tiga tahun berturut turut, memenangi Piala AFC, tetapi negara tidak pandang anda atau mengiktiraf anda. Itulah bola sepak Malaysia.
Malaysia adalah sebuah negara yang degil. Rakyat mahu mengadu bahawa kerajaan adalah korup tetapi mereka begitu mudah dimanipulasi kerana kekurangan pendidikan dan memilih untuk kekal dalam penafian dan tidak mahu menerima kebenaran. Kita tidak pernah mengakui masalah yang sebenar dan menyatakan isu sebenar untuk menjadikan negara ini lebih baik.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
loading...
0 Response to "Pencapaian JDT lebih membanggakan dari Faiz Subri"
Post a Comment