Sayu : Berehat lah dengan tenang Ayahanda Mie .. Arwah meninggal dunia dalam tidur ketika dirawat diHKL (8Gambar)

loading...
Sayu : Berehat lah dengan tenang Ayahanda Mie .. Arwah meninggal dunia dalam tidur ketika dirawat diHKL (8Gambar)
Kuala Lumpur : Semoga Ayahanda Mie @ Azmi B tenang disana, Ayahanda Azmi insan yang dikenali ramai, Allah lebih sayangkan arwah semoga seluruh keluarga arwah tabah.
Ayahanda mie amat dikenali dalam Pekida Wangsa Maju banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan, tidak lokek ilmu amat disenangi ramai.
Harian metro melaporkan Impian pengarah drama Azmi AB atau nama sebenarnya Azmi Abu Bakar, 51, untuk menganjurkan bengkel lakonan Februari ini, tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia ketika dalam tidur di Hospital Kuala Lumpur (HKL), jam 3 pagi tadi.





Anak sulungnya Elly Rosalinda, 28, berkata, Azmi yang mengalami masalah jantung, didapati sudah meninggal dunia oleh jururawat yang melakukan pemeriksaan rutin terhadapnya pagi semalam.
"Ayah dimasukkan ke HKL sejak 5 Januari lalu untuk mendapatkan rawatan. Ketika masih sihat, ayah aktif mengarah pelbagai drama antaranya Fatimah Juling, Dilema Wanita dan Sujud Pertama.
"Dia mula sakit sejak terbabit dengan drama Fatimah Juling dan sejak itu kerap berulang-alik seorang diri ke HKL untuk rawatan,” katanya.
Elly berkata, doktor mengesahkan kematian bapanya berpunca akibat komplikasi hati, buah pinggang dan paru-paru berair," katanya.
Elly turut memaklumkan bapanya pernah melahirkan rasa kecewa kerana semakin dipinggirkan dari dunia seni.
"Katanya, apabila banyak pengarah baru muncul, orang lama sepertinya seakan dilupakan. Inilah situasi yang dilaluinya," katanya.
Selain Elly, Azmi turut meninggalkan dua lagi anak iaitu Ezreen Nasuha, 24, dan Amirul Mukminin, 20, dan seorang balu, Rosnani Yusof, 54.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, di sini, sebelum Zuhur hari ini. Credit Harian Metro, Foto Pekida Daerah Wangsa Maju dan Elly Rosalinda
loading...

0 Response to "Sayu : Berehat lah dengan tenang Ayahanda Mie .. Arwah meninggal dunia dalam tidur ketika dirawat diHKL (8Gambar)"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close