loading...
KANGAR : Kekesalan dan rasa bersalah itulah yang bermain difikiran bapa saudara seorang kanak-kanak malang Nuru Batrisya yang maut dengan tragis digilis lori bapa saudara nya secara tidak sengaja, Maaf kan Pak Chik isya ".
Isya tiba-tiba dikatakan meluru keluar dari rumah ibunya kerana ingin melihat jentera pembajak sawah tanpa disangka pak chik nya ketika itu ingin mengalihkan lori nya terus mengilis mangsa tanpa sengaja.
Berita Harian melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut apabila secara tidak sengaja dilanggar lori dipandu bapa saudaranya di Kampung Padang Gelam, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, Nurul Batrisya Nasrul Hadi, dikatakan berlari keluar dari rumahnya secara tiba-tiba untuk melihat jentera sawah padi dan pada masa sama, bapa saudaranya pula sedang mengalihkan lori.
Ibu mangsa, Shakirah Bakar, 33, ketika ditemui berkata anak bongsunya dari dua beradik itu mati sejurus kejadian kerana cedera parah akibat berlanggar dengan bahagian belakang lori berkenaan.
"Ketika itu, saya ada dalam rumah dan hanya mengetahui selepas abang (bapa saudara mangsa) mengangkat Batrisya yang tercedera masuk ke rumah.
"Sebelum kejadian, dia (Nurul Batrisya) menangis kerana tidak membenarkan bapanya, Nasrul Hadi Ramli, 36, keluar ke tempat kerja, saya tak sangka itu petanda akhir dia akan meninggalkan kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1981. Al fatihah
loading...
0 Response to "Sayu : Maafkan Pak cik Isya .. Isya maut digilis lori Pak cik nya (4Gambar)"
Post a Comment